Saturday, June 04, 2005
:: sama ::
Ini adalah diterangkan oleh syed Qutb di dalam buku petunjuk sepanjang jalan - Ma'alim Fi Thariq.
.. bersambung
Thursday, June 02, 2005
Dari hati ke hati
Ucapan org2 salaf itu terkesan dihati dan nasihat mereka berbekas dijiwa. Hal ini disebabkan oleh kejujuran mereka terhadap Allah, dan ketaatkan mereka kepada-Nya. Berbeza sekali dengan keadaan kebanyakkan ulama yang hidup ditengah-tengah kita sekarang ini. Mereka tidak ada bezanya dengan kebanyakkan orang-orang awam. Mereka jarang menjalankan solat malam, tidak zuhud, tidak jujur dan tidak mahu bertaqarub kepada Allah.
Sebahagian mereka ada yang menjadikan nasihatnya sebagai sarana profesi menerima imbuhan gaji bulanan. Bahkan terkadang ada yang memberikan nasehat kepada manusia untuk mendapatkan pekerjaan. Akibatnya nasihat mereka tidak diterima.
Wednesday, June 01, 2005
:: Tuhan kita hanyalah ALlah ::
Tiap saat jantung kita berdegup
Tiap saat darah mengalir
Tiap saat mata berkelip
Tiap saat udara dihirup
Tiap saat mata melihat
tetapi
adakah
Tiap saat hati kita mengingati ALlah
Tiap kali ayat ALlah dibaca, hati akan menjadi gentar
Tiap saat kita berzikir dan berfikir
Tuhan kita hanyalah ALlah..
"Ya Allah, izinkan aku mencintai-Mu, mencintai org yang juga mencintai-Mu dan mencintai jalan kearah kecintaan kepada-Mu"
Friday, May 27, 2005
:: cermin ::
pagi tadi, on the way ke UKM, ternampak satu van tanpa cermin depan. Cermin depan mereka pecah. Yang menariknya, pemandu dan orang sebelahnya memakai cermin mata besar warna hitam.. ehe kelakar la juga nampak... suami isteri rasanya...
masa kecil-kecil dulu pernah juga kereta ayah pecah cermin depannya. Pecah kerana sebijik batu jalan jatuh keatas cermin dan lalu retak. Tetapi konsep cermin yang digunkan untuk kereta, ianya adalah anti serakkan. Ianya tidak pecah seperti kaca gelas. Ayah pun memberhentikan kereta dan memecahkan keseluruhan cermin agar serpihannya tidak membahayakan kami di dalam kereta. Ayah pesan tutup semua cermin-cermin yang lain supaya dapt mengurangkan angin dari depan masuk terlalu laju...
cermin depan adalah seumpama shield untuk sesebuah kereta, tidak mengapa cermin lain terbuka, tetapi jika cermin yang depan pecah, amat sukar untuk memandu. Bagi seseorang manusia, keimanan dan taqwa adalah perisai untuk seseorang manusia, jika shield ini pecah dan musnah, pelbagai anasir yang tidak baik akan mewarni kehidupan insan tersebut, seperti juga cermin depan kereta, pelbagai benda halus, habuk akan masuk sehingga suami isteri dalam van tersebut terpaksa memakai cermin mata hitam dan besar supaya tidak masuk ke dalam mata dan menganggu untuk memandu van tersebut. Tetapi adalah lebih merbahaya jika memandu dalam keadaan cermin tersebut berlubang-lubang, serpihan cermin yang pecah boleh mencederakan pengguna van. Jika kita lihat di dalam awal surah al baqarah 5 ayat pertama menceritakan mengenai hati yang sejahtera, 2 ayat seterusnya mengenai hati yang mati, dan dan 13 ayat seterusnya membicarakan mengenai hati yang sakit. Hati yang sakit adalah lebih memerbahaya daripada hati yang mati, kerana hati yang sakit boleh mempengaruhi hati yang sejahtera...
Semoga kita sentiasa menjaga 'cermin' diri kita agar ianya tidak pecah dan juga tidak berlobang.. agar anasir yang tidak baik tidak mencederakan diri kita...
Thursday, May 26, 2005
AL-QURAN MERANGSANG KELAHIRAN SAINTIS-SAINTIS AGUNG
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan
Penulis bagi PTS Publication & Distributors Sdn Bhd
Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia. Ketika seseorang bayi berumur tujuh minggu dalam rahim ibu, struktur utama otak sudah dapat dilihat dengan jelas. Dalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel-sel otak (neuron) tumbuh pada setiap minit. Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 100 bilion. Setiap sel ini pula mempunyai 1,000 tempat di mana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain. Ketika baru dilahirkan sel-sel ini tidak banyak berhubungan antara satu sama lain.
Namun apabila bayi mula berinteraksi dengan alam, terutamanya di zaman kanak-kanak, sel-sel ini akan berhubungan dengan pesatnya. Semakin meningkat usaha dan pengalaman seseorang semakin rancaklah hubungan yang berlaku antara sel-sel ini. Semua ini akan menentukan kematangan, kepintaran, sikap serta kebijaksanaan seseorang sekali gus mempengaruhi kehidupannya. Apabila kesemua ini berlaku, manusia ketika itu tidak hanya mempunyai otak tetapi, yang lebih penting ialah, mereka juga mempunyai akal serta intelek.
Umat Islam dikurniakan Allah dengan satu agama yang mementingkan akal. Bagi Imam Al-Ghazali, “Akal ialah kekuatan pemikiran semula jadi yang dikurniakan Allah kepada manusia agar dengannya manusia dapat mengenali hakikat sesuatu perkara... Akal ialah tempat lahir dan tertegaknya ilmu. Ilmu tumbuh dari akal sebagaimana terbitnya buah-buahan dari pohon dan terpancarnya cahaya dari matahari. Akal amat mulia sehinggakan haiwan yang bertubuh besar lagi perkasa berasa bimbang dan takut ketika berdepan dengan manusia kerana menyedari manusia mempunyai helah dan upaya untuk melakukan sesuatu hasil dari kekuatan akal.” Hal ini disebutkan dalam Ihya Ulumuddin.
Justeru, apabila sahabat Omar Al-Khattab bertanya kepada sahabat Tamim Ad-Dari, “Menurut pandanganmu, apakah benda yang paling mulia,” beliau menjawab, “Akal.” Seterusnya Omar Al-Khattab berkata, “Kamu benar. Aku pernah bertanya kepada nabi soalan yang sama seperti yang aku ajukan kepadamu dan baginda menjawab, ‘Aku pernah bertanya Jibrail berhubung perkara yang paling mulia dan Jibrail berkata akal’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Mahbar. Dalam riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Naim, nabi berpesan kepada Ali bin Abu Talib, “Apabila manusia mendekati Allah dengan pelbagai kebajikan maka kamu dekatilah Allah dengan akalmu.”
Al-Quran Merangsang Penguasaan Ilmu
Berbekalkan akal dan kesungguhan, tokoh-tokoh Islam sebelum ini mengamati serta mengkaji alam. Mereka melakukannya kerana dirangsang oleh Al-Quran dan hasilnya ialah meledaknya ilmu pengetahuan serta kemodenan yang berkembang hingga ke hari ini. Pengkaji Barat yang bernama Marmaduke Picktall dalam Islamic Culture berkata, “Al-Quran tanpa ragu-ragu lagi merupakan pemangkin kepada pencarian ilmu di kalangan umat Islam, terutamanya dalam bidang sains alam..... Ketika orang-orang Islam gigih mencari ilmu atas nama Tuhan, golongan Kristian menghancurkan khazanah ilmu golongan terdahulu atas nama Nabi Isa. Mereka memusnahkan kutub khanah di Alexandria dan membunuh ramai ahli falsafah termasuk Hypatia. Bagi mereka mencari ilmu adalah perangkap iblis. Konsep ‘carilah ilmu walaupun di negeri China’ tidak pernah wujud dalam ajaran mereka. Tokoh-tokoh Kristian membunuh tokoh sains seperti Bruno dan memaksa Galileo menarik balik kenyataannya berhubung peredaran bumi kerana ia bercanggah dengan kenyataan Bible yang menetapkan bumi tegun atau statik. Sebenarnya Christopher Columbus mendapat idea bumi adalah bulat dari tokoh-tokoh Islam yang mengajar di pelbagai universiti di Sepanyol.... Justeru Barat yang maju terhutang budi kepada Islam dan bukannya kepada Gereja Kristian yang telah membunuh, menyeksa serta membakar tokoh-tokoh ilmu sebelum ini.”
Mereka yang rajin bertafakur serta mengkaji rahsia alam dipuji oleh Allah. Dalam Al-Quran mereka digelar sebagai ulul albab. Dalam surah Ali-Imran ayat 190-191 Allah berfirman,
Maksudnya, “Sesungguhnya tentang penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang terdapat tanda (keagungan Allah) bagi ulul albab. Mereka ialah golongan yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami seksa neraka’.”
Golongan ulul albab ditafsirkan oleh Imam Ibn Kathir dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim sebagai “golongan yang mempunyai pemikiran yang bersih lagi sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara secara yang betul”. Mereka mencapai makam ini melalui zikir dan tafakur. Ahli-ahli sains Muslim yang bertakwa layak digelar sebagai ulul albab kerana mereka memiliki ciri-ciri yang disebutkan ini. Hal ini disebabkan mereka berkesempatan untuk berzikir serta mengagungkan Allah melalui pengamatan, analisis dan tafakur ketika cuba menyingkap rahsia alam.
Saintis-Saintis Muslim
Rangsangan dari ayat-ayat seperti ini berjaya melahirkan ramai saintis Muslim yang hebat. Antaranya ialah,
Abu Al-Qasim Al-Zahrawi (936-1013 M)
Beliau dikenali di Barat sebagai Abulcasis dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden. Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu. Beliau mencipta banyak alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia. Kitab beliau At-Tasrif kemudiannya diterjemahkan oleh Gherard dari Cremona ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Guy de Chauliac (1300-1368 Masihi) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedah beliau. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Mengikut Dr. Cambell dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan yang diutarakan oleh Al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.
Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-1040 M)
Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau membuat kajian tentang cahaya termasuk cahaya pada waktu matahari terbit. Di samping itu beliau juga mengkaji fenomena bayang-bayang, gerhana dan pelangi. Beliau merupakan orang pertama yang dapat menjelaskan tentang bahagian-bahagian mata dan proses penglihatan. Bukunya Kitab Al-Manadhir diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, begitu juga dengan buku-buku beliau yang berkaitan dengan cahaya dan warna pada waktu matahari terbit. Tokoh-tokoh sains Barat seperti Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan yang lain-lainnya banyak merujuk kepada tulisan Al-Haitham ini.
Ibn Sina (980-1037 M)
Ibn Sina dikenali di Barat sebagai Avicenna dan beliau ialah seorang tokoh perubatan Islam yang amat terkenal. Beliau merupakan orang pertama yang menjelaskan tentang penyakit radang selaput otak atau meningitis. Sumbangan beliau yang paling besar ialah bukunya yang bertajuk Al-Qanun. Ia dikenali di Barat sebagai Canon. Buku ini merupakan sebuah ensiklopedia perubatan yang mengandungi lebih daripada sejuta perkataan. Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard dari Cremona pada abad ke-12 dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah perubatan di Eropah dari abad ke-12 hingga ke-17. Malah di penghujung abad ke-15, buku ini diulang cetak hingga mencapai edisi yang ke-16. Cameron Gruner menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk A Treatise on the Canons of Medicine of Avicenna pada tahun 1930. Seorang tokoh perubatan yang terkenal pada abad kedua puluh, Dr. William Osler, pengarang buku Evolution of Modern Science, berkata, “Qanun menjadi buku rujukan utama dalam bidang perubatan lebih lama dari buku-buku lain.”
Yaaqub Ibn Ishaq Al-Kindi (800-873 M)
Beliau dikenali di Barat sebagai Alkindus. Al-Kindi merupakan orang pertama yang menetapkan kaedah penetapan dos dalam penggunaan ubat-ubat di zamannya. Beliau merupakan seorang penulis yang hebat dan telah menulis lebih kurang 240 buah buku dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang astronomi 16 buah buku, matematik 11, geometri 32, perubatan 22, fizik 12, falsafah 22, logik 9, psikologi 5 dan lain-lain lagi. Beberapa bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Cardano menganggap Al-Kindi sebagai salah seorang daripada 12 orang pemikir agung di dunia pada zaman pertengahan dahulu.
Abu Abdullah Al-Battani (868 - 929 M)
Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Antara penemuan beliau yang agung ialah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.
Mohammad Ibn Zakariya Al-Razi (864-930 M)
Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes, Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar. Beliau juga adalah pengasas kepada bidang perubatan kanak-kanak, ibu mengandung dan sakit mata. Buku perubatannya Kitab Al-Mansoori diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1480-an di Milan. Buku Al-Hawi merupakan ensiklopedia perubatan yang terbesar pada zamannya dan dikenali sebagai Continens dalam bahasa Latin. George Sarton dalam History of Science mengatakan bahawa Ar-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Islam yang paling terkemuka di zaman pertengahan dulu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam buletinnya pada bulan Mei, 1970 menghargai sumbangan Ar-Razi dengan berkata, ‘Tulisan-tulisannya tentang penyakit cacar dan campak begitu tepat sekali dan tulisan-tulisannya tentang penyakit berjangkit merupakan penulisan yang terawal berhubung dengan tajuk itu’.
Jabir Ibn Haiyan (Meninggal 803 M)
Jabir Ibn Haiyan dikenali sebagai Geber di Barat. Beliau dianggap sebagai Bapa Kimia Moden dan berjaya melaksanakan prosedur-prosedur sains seperti ‘penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan’. Buku-buku beliau seperti Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi begitu popular di Barat selama beberapa abad lamanya. Robert dari Chester menterjemahkan Kitab Al-Kimya dengan tajuk The Book of the Composition of Alchemy pada tahun 1144. Berthelot menterjemah beberapa buku Ibn Haiyan dengan menggunakan beberapa tajuk seperti Book of Kingdom, Book of Balances, dan Book of Eastern Mercury. Beberapa kalimat kimia yang Jabir gunakan masih terkenal hingga ke hari ini seperti alkali dan lain-lainnya. Pemikir Barat, Max Mayerhaff, pernah berkata, pengembangan ilmu kimia moden di Eropah tidak dapat dipisahkan daripada Jabir ibn Haiyan.
Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi (Meninggal 840 M)
Beliau dikenali di Barat dengan nama Algorizm, Khawarizmi amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau Al-Jabr wal-Muqabilah. Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi. Beberapa bukunya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan Gerard of Cremona pada abad ke-12. Mengikut pemikir Barat, Phillip K. Hitti, Khawarizmi banyak mempengaruhi Barat di sudut ilmu matematiknya mengatasi penulis-penulis lain.
Jika Al-Quran berjaya merangsang umat terdahulu untuk menceburi bidang sains dan teknologi, bagaimana pula dengan kita pada hari ini? Adakah kita berpuas hati sekadar membaca Yasin pada malam Jumaat atau ketika berlaku kematian sahaja? Atau sekadar menggantung ayat-ayat Al-Quran di dinding rumah sahaja? Atau sekadar membaca Al-Quran ketika terdesak dan terpaksa sahaja? Sikap kita terhadap Al-Quran perlu berubah jika kita inginkan kejayaan.
Note: (Diterbitkan dalam Majalah i bagi bulan April, 2004, terbitan Karangkraf)
Tuesday, May 17, 2005
DUA AKTIFITAS CENDEKIAWAN
DUA AKTIFITAS CENDEKIAWAN(Telaah Ali-Imran:190-191)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pergantianmalam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir(ulil albaab); (yaitu) mereka yang senantiasa berzikruLlah baikdalam posisi berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka jugaselalu bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi, danberkata: "Ya Robb kami, tidaklah Engkau menciptakan semua inidengan sia-sia, SubhanaLlah, jauhkanlah kami dari azab neraka."(Al-Qur'an, 3:190-191)
Ikhwan dan akhawat fiLlah, assalamu'alaikum
... Belum lagi saya menyelesaikan tulisan ini, telah muncul satuartikel komprehensif mengenai cendekiawan dari akh Abu Zahra.InsyaAllah, telaah singkat ini dapat menjadi tambahan bagi tulisan tersebut ...
Dari dua ayat di atas, dapat segera kita simpulkan bahwa ada dua aktifitas yang harus dimiliki oleh seorang mu'min, yang dengan itu ia disebut Ulil Albab (cendekiawan). Kedua ciri itu adalah zikir (zikruLlah) dan fikir (tafakkur).
Aktifitas pertama, zikir, adalah suatu proses pembersihan jiwa (tazkiatun nafs) dari segala bentuk kejahiliyahan dan kekotoran. Sebab hanya dengan kebersihan jiwa itu, seorang manusia bisa meraih dan mendapatkan bimbingan dan ridho ALlah. Dengan hati yang bersih seseorang dapat dengan jernih memandang kehidupan, mampu membedakan antara yang hak dan bathil. Dan pada gilirannya akan mendorong dan menuntut seorang pada amal yang shalih, yang bermanfaat bagi masyarakat luas.
Pengertian zikir janganlah dibatasi sebagai aktifitas lisan saja, yang mengucapkan do'a dan wirid tertentu; melainkan harus dipahami sebagai aktifitas qalbu, lisan dan amal. Qalbu yang berzikir adalah qalbu yang senantiasa dekat dengan ALlah, yang tergetar bila disebutkan asma ALlah dan menambah bobot keimanannya (QS 8:2). Sedangkan lisan yang berzikir adalah lisan yang senantiasa mengajak kepada jalan ALlah. Ucapan apa saja yang mengajak kepada kebaikan (da'wah) adalah zikruLlah secara lisan (QS 41:33). Karena itu amatlah keliru bila zikir secara lisan dipahami hanya sekedar memuji-muji ALlah sampai tak sadarkan diri, sementara pada sisi lain, ucapan dan perbuatannya bertentangan dengan kebenaran. Akhirnya, qalbu dan lisan yang berzikir harus dibuktikan dalam zikir amal. Yaitu berupa perbuatan baik yang mengajak orang serta memberi contoh sesuatu yang baik.
Aktifitas kedua, fikir, adalah suatu proses aqliah (intelek pengetahuan dan teknologi dalam kerangka memakmurkan bumi. Seorang mu'min harus senantiasa mencurahkan segala potensi fikirnya untuk mengambil hikmah kejadian di alam semesta, demi tegaknya kedaulatan ALlah di muka bumi. Maka amatlah salah, kalau kaum muslimin menghabiskan potensi aqliahnya untuk mencari dan merumuskan ideologi maupun prinsip-prinsip lainnya. Sebab semua itu telah termaktub di dalam KitabuLlah. Yang dituntut dari kita adalah melaksanakan segala prinsip-prinsip hidup tersebut dengan teguh dan konsekuen. Sementara fikiran kita bekerja keras untuk mengembangkan dan menemukan sarana hidup yang lebih baik dalam naungan ALlah, sehingga terciptalah masyarakat yang adil makmur dalam naungan mardhotiLlah. InsyaALlah.
Wassalamu'alaikumAbu Akhyar
Ref: Quthb, S., "Fi Zilalil Quir'an"
Friday, May 13, 2005
vision dunia vs vision akhirat
manusia mudah untuk nampak vision di dunia berbanding dengan vision di akhirat, mmg benar dunia adalah ladang akhirat, tetapi kekadang 'sayang' manusia kepada dunia sehingga cinta mereka untuk menuju negeri yg abadi semakin berkurangan..
dalam minggu ni, ana menemani seorang akhwat ke salah sebuah kolej di bangi. Ukht ni baru sahaja menghabiskan degree dari luar mesia dalam bidang kejuruteraan maklumat. Dengan izin Allah, Allah bukakan hati ukhti ni untuk mengambil diploma tahfiz . Apabila hasrat itu cuba di minta pandangan dari beberapa pihak, kebanyakkan dan hampir semua tidak bersetuju, dengan alasan sayang dengan degree yang sudah diambil, "takut ilmu tu habis nanti".
ada jugak yg kata
" skrg ni, tak ramai di dalam bidang professional yg mempunyai fikrah Islam.. "
" Dah habis belajar, masa ni la nk bantu2 keluarga"
" jawatan adalah alat untuk membantu dakwah"
dan pelbagai lagi pendapat yg timbul, dan terutamanya org yg berlatarbelakang pengjian agama, kebanyakkan kurang bersetuju ukht tersebut meneruskan pengajiannya.
Satu persepsi yang amat berbeza, mungkin kalau ukhti tersebut mendapat kerja di sesuatu tempat contohnya, kilang Sony ke.. mungkin rasanya tidak ade pihak yang menghalang.. kerja, duit, jawatan itulah yang banyak merantai manusia,
[9:24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
kekadang manusia mengatakan tidak mengatakan, duit yg banyakkan kan boleh disumbangkan untuk dakwah.?? Mungkin kenyataan ini kita boleh muhasabah sendiri apa yg berlaku sebenarnya.. kekadang kita masih sukar untuk menjalankan program kerana kekurangan wang yg ada. Jika kita berbalik kepada ayat Allah, tunggulah azab dari Allah jika sayang dan cinta kita bukan kepada jalan Allah dan Rasul
Semoga kita sentiasa menjadikan insan-insan yang dapat melihat akhirat adalah satu mision utama selama kita menumpang di dunia ini.
Thursday, May 12, 2005
Seolah Engkau Melihat Muhammad

Senyuman menghiasi raut wajahmu. Kecerahan di atas mukamu. Cahaya di atas keningmu. Cinta di dalam hatimu. Kemurahan di dalam tanganmu. Keberkahan dalam dirimu. Kemenangan selalu menyertaimu.
Orang yang menziarahi pintumu, seluruh anggota badannya tidak henti-hentinya menceritakan kisah-kisah tentang kemurahan dan anugerah yang telah engkau berikan dan hadiahkan kepada mereka.
Mata akan selalu merasa sejuk dan tenang, sementara telapak tangan akan bersalaman. hati akan dapat mengobati luka yang perih dan pendengaran akan selalu mendengarkan kebajikan yang telah engkau lakukan.
Namanya adalah Muhammad saw., namanya juga Al 'Aqib, Al Hasyir dan Al Mahi. Beliau adalah penutup segala rasul. Beliau adalah pilihan para nabi. Beliau menjadi pemberi syafaat jika mereka datang di padang mahsyar. Beliau juga menjadi imam mereka jika mereka mendatangi surga.
Saturday, May 07, 2005
Tuesday, May 03, 2005
at taubah 9: 91-92
9:92 Nor (is there blame) on those who came to thee to be provided with mounts, and when thou saidst, "I can find no mounts for you," they turned back, their eyes streaming with tears of grief that they had no resources wherewith to provide the expenses.
[9:91]Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[9:92]Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).
Thursday, April 28, 2005
perang internet
hari ni cuba untuk search perkataan ISLAM di google..
hasil yang dapat ialah
- Results 1 - 10 of about 17,600,000 for islam [definition]. (0.17 seconds)
kemudian perkataan CHRISTIAN
hasil
- Results 1 - 10 of about 80,600,000 for CHRISTIAN [definition]. (0.15 seconds)
lepas tu perkataan JEWS
Results 1 - 10 of about 12,100,000 for jews [definition]. (0.12 seconds)
ini menunjukkan masih kurang website yang menerangkan mengenai Islam di internet, bilangan 17,600,000 web ISLAM tersebut termasuklah web-web yang musuh islam buat untuk menjatuhkan islam
so.. APA PERANAN KITA?
fikir-fikir... dan lakukan tindakan yang sepatutnya...
Wednesday, April 27, 2005
jalan-jalan beli buku @ PWTC
Semalam dapat jugak berjalan2 membeli buku di pwtc. Meriah juga pameran buku kali ni, walaupun semalam tak berapa ramai orang yg datang ke pameran tersebut. Tapi kelam kabut juga, sebab sampai lambat di pwtc,so tak banyak masa yg tinggal dan nk beli buku ni bukan mcm beli pakaian, kena baca dulu skit, tgk isi kandungan... kena tgk jugak harga die.. buku skrg ni mana ade yg murah2
Ini lah buku2 yg sempat di beli semalam, ehe.. tak tahu la sbb apa minat pulak psl tajuk2 ini kali ni


BELAJAR EQ dan SQ DARI SUNAH NABI
Sinopsis
Kecerdasan adalah sebuah misteri. Sebagai proses berpikir, cerdas berarti mampu memberikan definisi, makna dan keputusan secara cepat, tepat dan akurat. Keputusannya sedemikian kokoh, sebab ia didasarkan pada kelengkapan pengetahuan, dalamnya pengalaman dan runcingnya keyakinan.
Muhammad Saw selain disifati dengan sifat shiddiq (benar), amanah (dapat dipercaya) dan tabligh (transparan), juga disifati sebagai seorang fathanah (cerdas). Baik dalam kapasitasnya sebagai manusia biasa, maupun sebagai seorang rasul. Semua ucapan, pikiran, tindakan dan perasaannya dikemukakan dengan dasar argumen yang meyakinkan. Tidak hanya diakui oleh para sahabat dan kaum mukmin pada umumnya, namun kecerdasan Muhammad Saw juga diakui oleh para pemuka Yahudi dan Nashrani.
''Semangat yang ingin dibangun oleh buku ini bukan pada penjelasan diferensiatif antara rasio, emosi, dan spiritualitas. Justru buku ini beruaha menjembatani semuanya melalui penjelasan sunah Nabi. Islam tidak mengenal dikotomi antara jasmani dan ruhani, antara ruh dan jasad. Keduanya memiliki ikatan fungsional dalam membangun tatanan kehidupan sosial yang dipandu oleh nilai-nilai spiritual (ilahiah).''Ary Ginanjar Agustian, Penulis buku ''Best Seller'' ESQ
_______________________________________________________
99 Q, Kecerdasan 99 : Cara Meraih Kemenangan dan Ketenangan Hidup Lewat Penerapan 99 Nama Allah (Buku Pertama)
Dalam dunia ilmu pengetahuan berkembang temuan tentang tingkat kecerdasan umat manusia. Mulai dari Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), dan terakhir Spiritual Quotient (SQ). Temuan-temuan tersebut menandakan adanya potensi-potensi tersembunyi di dalam diri manusia yang harus terus digali, sehingga mampu mengaktualisasikan dirinya secara maksimal. Begitupun dengan 99 Quotient (Kecerdasan 99) yang dijelaskan oleh buku ini.
99 Quotient (99Q) merupakan sebuah istilah yang diilhami oleh 99 nama Allah. Di dalam diri manusia terdapat 99 potensi kecerdasan dan kemampuan yang merupakan manifestasi dari 99 nama Allah tersebut. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad Saw, disebutkan, "Sesungguhnya Allah menciptakan Adam sesuai dengan citra-Nya," (HR Bukhari dan Muslim).
Dalam penjelasan sufistik Ibnu Arabi, hadis ini mengandung makna bahwa sejak awal penciptaan manusia, Allah menyimpan pengetahuan tentang segala sesuatu di dalam diri manusia. Pengetahuan tersembunyi tersebut -menurut Carl Gustav Jung- terekam dalam bawah sadar (sub-conscious). Di alam bawah sadar ada muatan yang akan membuat pengetahuan meningkat tak terkira apabila dapat dihidupkan.
Di sinilah buku ini hadir dengan mencoba menjelaskan baik secara teoretis maupun praktis langkah-langkah untuk mengejawantahkan 99 kecerdasan yang tersembunyi di dalam diri manusia. Buku ini tidak sekadar membahas kecerdasan tersebut dari berbagai sudut pandang, tetapi memberikan cara mudah untuk mengaktualisasikan potensi-potensi tersebut dengan melatihnya melalui 99 nama Allah.
"Nama-nama Allah itu mengungkapkan hakikat-Nya pada manusia yang sekaligus pula membimbingnya kembali kepada Allah yang merupakan satu-satunya sumber keseluruhan realitas."
--Seyyed Hossein Nasr
Profesor Islamic Studies, di George Washington University, Amerika Serikat
Tuesday, April 26, 2005
Buku hari ini

Al-Quran adalah mukjizat terbesar bagi umat manusia. Ia adalah Kitab Suci yang sangat komprehensif pembahasannya dan indah gaya bahasa (balaghah)-nya. Ada beberapa sebutan bagi Al-Quran karena keluarbiasaannya itu, yaitu Al-Kitab (Buku/Tulisan), Al-Bayan (Penjelas), Al-Furqan (Pembeda, Pemisah), Al-Huda (Petunjuk), Al-Dzikra (Peringatan), dan Al-Syifa (Obat). Penyebutan itu muncul karena begitu banyaknya fungsi Al-Quran bagi kehidupan umat manusia. Fungsi-fungsi tersebut menjadi modal dasar bagi pembentukan kecerdasan manusia.
Kecerdasan bentukan Al-Quran itulah yang menjadi inti pembahasan buku ini. Salah satu yang dijanjikan Al Quran agar orang dapat hidup bahaya (hasanah) di dunia dan di akhirat, adalah memperoleh pencerdasan sebagai bukti pemanfaatan informasi, pesan, muatan, dan nilai yang dikandung Al-Quran. Namun, untuk mencapai ke arah itu, seseorang harus melalui tahapan dan mekanisme yang telah ditentukan oleh Al-Quran sendiri. Tahapan dan mekanisme tersebut adalah hal-hal yang sangat elementer dalam kehidupan, meliputi proses menyadari, hal yang sangat elementer dalam kehidupan, meliputi proses menyadari, menyerahkan diri, mendengarkan, membaca, memperhatikan, mempelajari, memikirkan dan seterusnya. Selanjutnya, setelah kecerdasan tersebut diperoleh, seseorang tidak boleh berhenti sampai di situ. Kecerdasan tersebut harus terus diberdayakan agar ia bermanfaat bagi kehidupan pribadi dan orang lain.
Kehadiran buku ini semakin membuktikan bahwa tidak ada yang sia-sia di dalam Al-Quran. Seluruh aspek yang ada dalam Al-Quran memang diperuntukkan bagi kehidupan manusia. Hanya saja harus ada upaya untuk selalu menggalinya. Lagi-lagi, buku ini telah menjadi bukti untuk itu.
Monday, April 25, 2005
Bainat Ta'shil Wat Tathwir
Bainat Ta'shil Wat Tathwir
Konsistensi kita dalam menjaga ta'shil wattathwir ini adalah sangat penting bagi keselamatan kita baik kita sebagai pribadi atau kita sebagai jama'ah atau kita sebagai harokah sebagai gerakan sebab tanpa perimbangan antara ta'shil wat tathwir sudah tentu akan banyak sekali kemungkinan-kemungkinan penyimpangan-penyimpangan da'wah ini baik diakibatkan oleh mengabaikan ta'shil atau mengabaikan tathwir "Yushlih lakum a'maalakum walakum dzunuubakum waman yuthi'illaahu warasuulahu faqad faaza fauzan 'azhiima"
Ikhwah fillaah sekalian .
Alhamdulillah kita dipertemukan oleh Alloh SWT di pagi ini dalam rangka taqarrub kita ta'abbud kita kepada Alloh SWT melalui segala aspek kehidupan kita di segala bidang hidup. Kita berharap segala langkah perjuangan yang kita ayunkan mudah mudahan (dengan pertemuan ini) terjadi peningkatan kualitas dan kuantitas taqarrub kita dan ta'abbud kita kepada Alloh SWT dan Insya Alloh kita memetik hasilnya di yauma yaquumul hisab
Ikhwan dan akhawat fillaah .
Kalau tadi Akhuunal. Al-Faadhil DR Hidayat menyebutkan tentang ...Da'wah Ikhwaniyyah sudah tentu materi ini materi ringkasan bagi acara kita, yang tidak mungkin dibicarakan sejam dua jam, sehari dua hari. Masalahnya apa ?Masalahnya Ashalah da'wah Ikhwaniyyah atau Ashalah Ikhwaniyyah pada hakikatnya ia tidak punya spesifikasi lain kecuali Ashalah Islamiyyah, jadi Ashalah Ikhwaniyyah adalah Ashalah Islamiyyah. Apakah itu sendiri meminjam bahasanya salah seorang ikhwah bahwa Ashalah Da'wah Islamiyyah itulah yang dipakai Ashalah Da'wah Ikhwaniyyah tidak punya perbedaan apa-apa.Membicarakan Ashalah Da'wah Ikhwaniyyah sebesar membicarakan Ashalah Da'wah islamiyyah
Membicarakan ashalah islamiyyah sebesar membahas membicarakan ashalah ikhwaniyyah dia tidak mempunyai mabadi baik aqidiyyah fikriyyah manhajiyyah kecuali mabadi aqidiyyah fikriyyah dan manhajiyyah islamiyyah yang bersumber pada Qur- an dan sunnah tapi betapapun . demikian luasnya pembahasan tentang ashalah yang kita harus merupakan bagian upaya kita untuk meningkatkan diri salah satu keistimewaan da'wah ikhwan yang berdasar da'wah islamiyyah itu selain mengulangi ke pemahaman yang dicakup kalimat syumuliyyah dan takamuliyyah integralitas ajaran islam integralitasperjuangan islam juga keterpaduan dari perjuangan itu dan dari tatanan darisystem yang kita anut sesuai dengan integralitas dan keterpaduan syumuliyyahdari ajaran islam itu sendiri ada hal lain masalah syumuliyyah takamuliyyah itu lebih kepada pendekatan prinsipil tapi ada keistimewwan yang lain yairupendekatan dari segi pendekatan operasional kemampuan da'wah ikhwan mewarisinilai-nilai islam mewarisi nilai-nilai da'wah islam dari para rasul dan para anbiya para ashhabu Rasulillah saw radhiallohu anhum ajma'in juga para salafshalihin yaitu dalam bentuk kemampuannya dalam melakukan tawazun dalam melakukan langkah-langkah yang mutawazinah bainal khuthuwat ta'shiliyah wakhuthuwat tathwiriyyah Ini salah satu tamayyuz ikhwani yng sebetulnya merupakan tamayyuz islami yang banyak diabaikan oleh gerakan-gerakan da'wahlain yang banyak diabaikan oleh jamaah- jama'ah lain yang banyak diabaikanoleh perjuangan-perjuangan lain sambil kita tetap respek kepada merekamengakui eksistensi perjuangan mereka dan mengakui juga insya Alloh keikhlashan mereka dan pengorbanan mereka dalam perjuangan
Satu titik Qadratud da'wah kemampuan da'wah dalam melangkah bainat ta'shil wattathwirini adalah di jaman modern ini adalah tamayyuz ikhwani tamayyuz islami yang betul-betul dilaksanakan secara konsisten oleh ikhwan sudah tentu kalau kitamembahas lebih dalam lebih luas dan lebih detail tentang ad da'wah bainatta'shil wat tathwir sekali lagi juga parlu waktu yang panjang dan dulu jugapernah saya sampaikan setelah kita muncul sebagai partai kalau nggak salah tampatnya di sidik nggak bukan bukan di sidik di LKPSI apa dulu di nadwahsaya menjelaskan sangat dalam bainat ta'shil wat tathwir diantara antum sayaruju kembali kepada detail materi itu bahkan saya berikan dengan skemalengkap saya sampaikan kembali lebih kepada dzikro sebagai dzikro dan jugasebagai selain sebagai dzikro juga sebagai resume saja terhadap materi yangsebetulnya materi ..tentang adda'wah bainat ta'shil wat tathwir
Ikhwan dan akhawat fillaah
Konsistensi kita dalam menjaga ta'shil wattathwir ini adalah sangat penting bagi keselamatan kita baik kita sebagai pribadi atau kita sebagai jama'ahatau kita sebagai harokah sebagai gerakan sebab tanpa perimbangan antara ta'shil wat tathwir sudah tentu akan banyak sekali kemungkinan-kemungkinanpenyimpangan-penyimpangan da'wah ini baik diakibatkan oleh mengabaikan ta'shil atau mengabaikan tathwir
Ikhwan dan akhawat fillah
Kita ketahui bahwa kesumuliyahan da'wah kita ketakamuliyahan da'wah kita tersimpul dalam pengelolaan bagaimana membangun hablum minalloh yang baik dan hablum minannas yang baik dan ini sangat terkait dalam kemampuan kitamenjaga keseimbangan antara qudroh ta'shiliyyah yang lebih bertitik berat kepada utuhnya komitmen kita kepada Alloh swt komitmen kita kepada Rasululloh saw komitmen kita kepad kitab dan sunnah titik beratnya di situbukan berarti tanpa hubungan sama sekali dengan konteks hablum minan naas sangat kait terkait begitu juga konsistensi kita keistiqomahan kita dalam membangun khuthuwat tathwiriyyah adalah titik beratnya ta'sisnya ..nyaa dalah bagaimana membangun hablum minan naas secara baik Tanpa kedua itusudah tentu akan terjadi inkhirofat yang akan menimbullan bala malapetaka fid dunya wal akhiroh na'udzu billaahi min dzaalik
Ikhwan dan akhawat fillaah
Seperti saya tadi tegaskan bahwa kemampuan kita mengelola da'wah di sektorkhuthuwat ta'shiliyyah langkah-langkah originilisasi da'wah kita baikaqidiyyan fikriyyan wa manhajiyyan ini adalah sekali lagi lebih dekat kepadakonteks bagaimana keutuhan hubungan kita kepada Alloh swt. Bagaimanakeutuhan hubungan kita kepada Alloh swt baik dari sisi moral dari sisima'nawiyyah dari sisi ruhiyah yang dibentengi oleh shihhatul aqidah kitakebersihan aqidah kita minasysyirk kabirun wa shaghirun dari kesyirikan baikyang besar maupun yang kecil baik yang nampak zhohir atau yang menyelinap didalam hati kita na'udzubillaahi min dzaalik menyelinap di dalam perasaankita yang menyelinap di dalam pikiran kita.
Insya Alloh dengan memperhatikan selalu langkah-langkah ta'shiliyyah keutuhan ruhiyyah kita fikriyyah kita manhajiyyah kita keutuhun ruhiyyah kita ma'nawiyyah kita dan konsistensi aqidah kita akan terjaga dengan baik ada salah satu aspek untuk selalu menjaga kita mepunyai kesadaran akan pentingnya qudwah ta'shiliyyah ya sebetulnya konteks materinya banyak di tamhidiyyah banyak di takwiniyyah yaitu adanya suatu kesadaran
Pertama-tama kesadaran tentang manzilatul insan tentang posisi manusia di hadapan Alloh swt Pertama-tama posisi sebagaim akhluk Posisi sebagai makhluk ini penting selalu disadari oleh kitabetapapun tingginya ilmu kita martabat keulamaan kita keintelektualan kitajabatan formal kita dalam jama'ah atau dalam negara atau dalam masyarakatMenghidupkan kesadaran akan posisi sebagai makhluk ini penting karena konteksnya sebagai makhluk adalah aspek ketergantungan kepada kholik Tidaksatupun kita yang tidak mempunyai ketergantungan kepada penciptanya tidaksatupun produk yang tidak mempunyai ketergantungan kepada pembuatnyabuatan-buatan manusia saja buatan-buatan pabrik bikinan manisia merek-merekmobil itu semuanya tergantung kepada pabriknya baik ketergantungan teoritisdengan petunjuk-petunjuk manualnya atau ketergantungan softwarenya atau hardwarenya dalam bentuk sparepart yang besar atau yang kecil seluruhnyamempunyai ketergantungan mungkin nampak sepele namun sangat mendasar sangatpenting untuk kesadaran kita bahwa kita harus kembali kepada asholah bahwamanzilah kita di depan Alloh swt sebagai makhluk Oleh karena itu sebagaimakhluk secara total secara mutlak mempunyai ketergantungan kepada kholik dan ini modal dasar untuk kita selalu tadarru selalu inqiyaad selalu mendekatkan diri kepada khalik kita
Ikhwan dan akhwat fillaah
Kesadaran yang kedua dari posisi manusia ini yaitu kesadaran sebagai hamba sebagai 'abd Kesadaran sebagai hamba ini penting juga dibangun sehinggakalau kesadaran sebagai makhluk tadi ketergantungan secara total daam segala aspek kehidupan kalau dalam aspek penghambaan ini lebih kepada apresiasidari keinginan-keinginan kehendak-kehendak kemauan-kemauan rencana-rencanaitu seluruhnya sangat terkait dengan grand design yang sudah ditentukan olehAlloh sebagai sayyid Alloh sebagai Tuhan kita Kita sebagai hamba tidak bisa lepas diri dari grand design bagi kehidupan kita bagi langkah-langkah kitabagi perjuangan kita yang sudah digariskan yang sudah ditentukan oleh Alloh sebagai sayyid sehinga inilah yang disebut bahwa kita tidak mempunyaikehendak apapun kecuali yang dikehendaki Alloh swt dan ayat-ayat Al Qur-an begitu banyak menjelaskan sisi Aqidah dari segi kesatuan akan memisahkankesatuan kehendak keinginan rencana -rencana segala sesuatu sesuai denganiradatillah Inilah posisi kita manzilah kita sebagai 'abd. Yang ketigaadalah kesadaran manzilah sebagai jund Walillaahi junuudus samaawaati walardh Sebagai prajurid sudah tentu merasakan adanya sebuah jalur komando yang harus dia ta'ati Yaitu garis komando dari Alloh dan Rasul ketaatan mutlak yang seperti dikatakan oleh Al Qur-an falaa warabbika la yu'minuun hattayuhakkimuuka fiimaa syajaro bainakum tsumma laa yajidu fi anfusihim harojanmimma qadhaita wayusallimu tasliima itu adalah posisi manzilah kita sebagaiprajurit. Siap menerima komando. Siap melaksanakan tugas-tugas siapmenghentikan dari segala larangan-larangan yang diatur oleh Alloh swt InsyaAlloh jika kita dari sisi manzilah ini dari posisi sebagai makhluk sebagaihamba dan sebagai jundi ini terjaga baik insya Alloh dan itu menjaganyadengan upaya-upaya ta'shil upaya-upaya kembali kita kepada ashalah islamiyyah asholatud da'wah insya Alloh kesadaran ini akan tumbuh
Saturday, April 16, 2005
Aksi Solidaritas untuk Palestina


Akhawat yang menyertai aksi palestina

Kumpulan Ruhul Jadeed memberikan persembahan
anak acuan al quran

Anak adalah Cermin
Publikasi: 15/04/2005 09:11 WIB
eramuslim - Ba'da Maghrib usai menjalankan sholat, seperti biasa anakku mengambil Al-Quran dan membacanya. Sementara aku sendiri membaca dzikir Al Ma'tsurat terlebih dahulu, sebelum mengaji.
Tak kusangka, beberapa saat kemudian, belum juga bacaan dzikirku usai, anakku telah mengucap shodaqollohul 'adzim, menyudahi bacaannya. Aku lantas bertanya, "Kenapa ngajinya udahan"? Anakku menjawab sekenanya, tanpa alasan yang kuat. Pokoknya sudah saja.
Aku kemudian mencoba memberikan berbagai nasihat, agar dia segera meneruskan mengaji. Namun tak berhasil, anakku tetap pada pendiriannya.
Sejenak kemudian aku merenung, mengingat hari-hari kemarin yang telah berlalu. Aku ingat persis, beberapa hari sebelumnya memang aku mengaji tak memenuhi target seperti hari-hari biasa karena berbagai alasan. Pada hari-hari berikutnya pun, aku tak mencoba membayar kekuranganku mengaji, seperti yang biasanya kulakukan. Padahal, ada sebuah komitmen tak tertulis yang telah kutanam dalam hati, "Bila hari ini ngaji tak memenuhi target, maka esok hari wajib melunasinya", namun hari-hari itu tak kulaksanakan.
***
Suatu waktu, aku juga melihat anakku melakukan sesuatu yang biasa aku lakukan, walaupun hal-hal tersebut kulakukan tidak dihadapannya. Dan aku menganggap, dia tak akan tahu. Namun aneh, kok dia bisa melakukan hal yang sama.
Bahkan ketika aku sedang malaspun, aku akan melihat anakku juga menjadi malas. Masya Allah, aku benar-benar melihat diriku ada pada anakku.
Di hari lain, kawanku bercerita tentang bagaimana sikap anakku terhadap anaknya. Ketika itu, dia menjemput anaknya pulang sekolah dan bertemu dengan anakku yang sedang bertanya berbagai hal tentang sekolah anak kawanku ini. Di akhir cerita dia bilang, "Pokoknya persis dengan umminya deh".
***
Dari kejadian-kejdian di atas, aku dapat menyimpulkan bahwa anak adalah cermin kita. Apa yang ada padanya, memperlihatkan apa yang ada pada diri kita. Apa yang dilakukannya, memperlihatkan apa yang telah kita lakukan. Hingga, anak dapat kita jadikan sebagai tempat berkaca diri. Ketika kita melakukan kebaikan, maka anak akan terlihat baik di mata kita, begitupun ketika kita berbuat yang sebaliknya.
Benar kata Rasululloh SAW, bahwa anak adalah cermin bagi orang tuanya.
Semoga, kita para orang tua mampu untuk memberi tauladan bagi anak-anak kita, hingga cermin-cermin yang kita hasilkan adalah cermin-cermin yang baik, yang akan menghasilkan bayangan-bayangan yang indah dalam hidup kita.
Robb,bimbinglah kami untuk menjadi orang tua-orang tua yang shalih dan shalihah, agar kami mampu menjadikan anak-anak kami anak-anak yang sholeh dan sholihah pula.Amiin
ps: pastikan mutabaah kita sentiasa dijaga dan jika boleh istiqamah wa istimrar, meningkat dari sedikit demi sedikit.. itu lah bekalan untuk kekuatan dalaman kita.. insya ALlah
Friday, April 08, 2005
Peran Wanita dalam Dakwah Rasulullah Saw.
“Sesungguhnya wanita itu adalah pendamping pria” (HR Ahmad dan Abu Daud).
PKS Online: Ketika Rasulullah Saw. diutus ke dunia, beliau bersabda, “Sesungguhnya wanita itu adalah pendamping pria” (HR Ahmad dan Abu Daud). Sejak saat itu paradigma pemikiran dan perlakuan terhadap wanita berubah seratus delapan puluh derajat. Derajat wanita diangkat dan dimuliakan. Wanita dikatakan sebagai pendamping pria karena pada setiap kesuksesan seorang pria, pasti ada peran wanita yang sangat signifikan. Apakah peran sebagai seorang ibu atau seorang istri. Banyak tokoh-tokoh menjadi penting dan terkenal lantaran ditopang oleh peran wanita. Maka, atas perannya yang demikian, wanita sering disebut sebagai tokoh penting di belakang layar.
Peran wanita Muslimah dalam jihad Rasulullah Saw. amat signifikan. Sebagian besar mereka yang berhijrah ke Habasyah adalah bersama istri-istri mereka. Bahkan sejarah Islam mencatat bahwa manusia yang pertama kali menyambut dakwah Islam adalah seorang wanita, yaitu Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah Saw. Dan manusia pertama yang syahid di jalan Allah juga seorang wanita, yaitu Sumayyah.
Selain Khadijah Ra. dan Sumayyah, masih banyak wanita-wanita Islam yang namanya abadi. Di antara mereka ada Aisyah Ra., Ummu Sulaim, Sumayyah, Nusaibah, Asma binti Abu Bakar, dan masih banyak wanita lain yang memegang peranan penting dalam perintisan dakwah Rasulullah Saw. di Mekkah dan Madinah.
Dalam kitab-kitab sirah (sejarah) dikisahkan, setelah Rasulullah Saw. menerima wahyu pertama di gua Hira, beliau pulang dalam keadaan menggigil. Tubuhnya gemetar ketakutan. Setibanya di rumah, Beliau meminta istrinya, Khadijah Ra., menyelimuti tubuhnya. Lalu, Khadijah menyelimuti dan mendekap tubuh Rasulullah Saw. dengan penuh kasih sayang, hingga hilang rasa takutnya. Khadijah tidak langsung menanyakan apa yang telah terjadi pada suaminya, hingga Rasulullah Saw. sendiri berkata, “Wahai Khadijah, tahukah engkau mengapa tubuhku tadi gemetar?” Belum sempat Khadijah menjawab, Rasulullah berkata lagi, “Sesungguhnya aku khawatir terhadap diriku sendiri.” Khadijah menjawab, “Tidak! Bergembiralah! Demi Allah, Allah sama sekali tidak akan membuat anda kecewa. Anda seorang yang bersikap baik kepada kaum kerabat, selalu berbicara benar, membantu yang lemah, menolong yang sengsara, menghormati tamu, dan membela orang yang berdiri di atas kebenaran.” Mendengar ucapan itu, Nabi menjadi tenang.
Jawaban Khadijah bukanlah sekadar untuk membesarkan hati Nabi, tapi merupakan pengungkapan fakta yang sesungguhnya. Nabi Muhammad Saw. sejak kecil telah menginvestasikan kebaikan di tengah-tengah masyarakat.
Sebuah fakta perlu medapatkan pengakuan dari orang lain agar menjadi nilai universal yang didukung oleh masyarakat luas. Rasulullah Saw. bukan tidak yakin bahwa apa yang dilakukannya adalah semata-mata atas bimbingan wahyu. Tapi beliau ingin tahu apakah dakwahnya diterima masyarakat.Sebagai istri, Khadijah Ra. telah mengambil sikap cerdas, yaitu memberikan dukungan total terhadap dakwah sang suami. Bagaimana jika Khadijah memberikan pernyataan yang tidak menenangkan jiwa? Tentu Nabi Saw. akan merasa sedih. Karena bagaimanapun, seorang Rasul adalah manusia juga yang membutuhkan dukungan dari orang-orang terdekat yang dicintainyainya. Dan Khadijah Ra. telah memberi andil besar dalam membangun dakwah Rasulullah Saw.
Kisah lain, suatu ketika Abu Bakar Ash-Shiddiq didampingi Rasulullah Saw. mendatangi tokoh-tokoh musyrikin Quraisy yang sedang berkumpul dekat Ka’bah. Setelah duduk di tengah-tengah mereka, Abu Bakar berbicara mengajak para hadirin untuk beriman dan beribadah kepada Allah dan Rasul-Nya serta tidak mempersekutukan Allah dengan yang selain-Nya.
Sudah diduga, pidato Abu Bakar membuat wajah pemuka musyrikin Quraisy memerah. Hati mereka panas menggelegak. Seolah-olah mereka dihina. Seketika itu juga, para pemuka Quraisy dan pemudanya menyerang Abu Bakar dengan pukulan bertubi-tubi. Rasulullah Saw. berusaha melindungi Abu Bakar. Namun, banyaknya tinju yang mengarah ke wajah Abu Bakar sulit dibendung. Salah seorang pemuda Quraisy bernama ‘Atabah bin Rabi’ah menanggalkan sepatunya, lalu memukulkannya ke wajah Abu Bakar. Darah pun mengalir dari hidung dan mulut Abu Bakar. Luka memar membiru menghiasi pipi dan matanya. Banu Tamim, kabilah Abu Bakar, datang melerai dan menarik orang-orang yang menganiaya Abu Bakar. Empat pemuda Banu Tamim lalu membawa Abu Bakar pulang ke rumahnya.
Melihat anaknya terkapar berlumuran darah dan tak bergerak, Salma, ibunda Abu Bakar menangis dan memanggil-manggil nama kecil Abu Bakar. “Atiq…Atiq…Atiq!” Abu Bakar tidak menjawab panggilan ibunya. Dia masih tidak sadarkan diri.
Ibunda Abu Bakar membersihkan luka-luka diwajah anaknya dengan penuh kasih sayang. Tangannya memijat-mijat telapak tangan Abu Bakar agar anaknya itu segera siuman. Tubuh Abu Bakar mulai bergerak. Salma bertanya, “Bagaimana perasaanmu sekarang, Abu Bakar?”
Abu Bakar balik bertanya, “Bagaimana keadaan Rasulullah.”“Kami tidak tahu,” jawab Salma. Abu Quhafah, sang ayah, hanya diam saja mendengarkan percakapan istri dan anaknya.
“Pergilah ibu temui Fathimah binti Khaththab, tanyakan kepadanya kabar Rasulullah,” pinta Abu Bakar. Salma segera menemui Fathimah dan menjelaskan apa yang menimpa Abu Bakar. Keduanya lalu menemuinya dan duduk di samping Abu Bakar yang masih terkapar.
“Rasulullah selamat dan kini berada di rumah Ibnul Arqam,” jelas Fathimah.
Abu Bakar berkeras untuk bertemu Rasulullah Saw. Malam itu juga, ibunya dan Fathimah memapah Abu Bakar menemui Rasulullah. Rasulullah bangkit dan menyambut Abu Bakar sambil mendoakannya. Salma, ibunda Abu Bakar mengucapkan syahadat di hadapan Rasulullah Saw.Penggalan kisah ini menggambarkan betapa besar peran Salma dan Fathimah dalam menyelesaikan “masalah” yang dihadapi Abu Bakar. Di saat Abu Quhafah, ayah Abu Bakar, dan para pemuda Banu Tamim bingung melihat kondisi yang menimpa Abu Bakar, Salma dan Fathimah tampil sebagai “decision maker”.
Keislaman Utsman bin ‘Affan pun tak luput dari peran seorang wanita, Su’da binti Kariz, bibinya. Suatu ketika Su’da bertamu ke rumah saudara perempuannya Arwa binti Kariz, ibunda Utsman, untuk menceritakan kabar kelahiran seorang Rasul dengan membawa agama yang lurus.
Utsman menyambut hangat kedatangan bibinya, dan menanyakan berita yang akan disampaikannya. Dengan senang hati Su’da menceritakan tentang Muhammad Rasulullah yang membawa agama kebenaran. Utsman sebenarnya tertarik dengan berita itu, tapi ia cepat mengalihkan pembicaraan ke seputar keluarga.
Malamnya Utsman tak bisa tidur lantaran kabar tentang Muhammad yang diceritakan bibinya terus terngiang di telinga. Ia heran, mengapa kabar itu terus mengganggu pikirannya. Ternyata Su’da amat baik dan runut dalam menceritakan kabar kerasulan Muhammad Saw. sehingga amat membekas di pikiran Utsman.
Paginya, ketika berangkat ke kebun, Utsman bertemu teman akrabnya, Abu Bakar. Melihat wajah Utsman yang agak lain, Abu Bakar bertanya, “Apa yang sedang kamu pikirkan, Utsman?”
“Tidak ada,” jawabnya. “Hanya saja kemarin bibiku menceritakan tentang kehadiran seorang Rasul di tengah-tengah kita. Sejak itu, berita itu terus mengganggu pikiranku,” lanjut Utsman.
Abu Bakar membenarkan berita yang disampaikan Su’da kepada Utsman, lalu mengajaknya menemui Rasulullah Saw. Tak berpanjang kata, Utsman menyatakan diri masuk Islam.I
slamnya Hamzah bin Abdul Mutholib juga tak lepas dari peran seorang wanita, yaitu ibunya. Pada suatu hari ibunda Hamzah menceritakan kasus penghinaan dan penganiayaan yang menimpa Nabi Muhammad oleh Abu Jahal. “Hai Abu Imarah (nama panggilan Hamzah)! Apa yang hendak kau perbuat seandainya engkau melihat sendiri apa yang dialami kemenakanmu, Muhammad. Muhammad dimaki-maki dan dianiaya oleh Abul Hakam bin Hisyam (Abu Jahal), lalu ditinggal pergi sementara Muhammad tidak berkata apa-apa kepadanya,” ujar ibunda Hamzah.Mendengar cerita itu, raut muka Hamzah memerah dan pergi menemui Abu Jahal yang saat itu tengah berkumpul bersama teman-temannya. Tanpa ba-bi-bu Hamzah memukul Abu Jahal dengan busurnya hingga berdarah. Hamzah berkata, “Engkau berani memaki Muhammad? Ketahuilah aku telah memeluk agamanya!”
Begitupun keislaman Umar bin Khaththab tak lepas dari peran adik perempuannya Fathimah. Waktu itu Umar sedang marah dan mencari Muhammad untuk dibunuh. Di tengah jalan ada orang yang memberitahu bahwa adiknya Fathimah sudah masuk Islam. Umar pun mengurungkan niat mencari Rasulullah dan berbalik ke rumah Fathimah yang dinilainya telah berkhianat dari agama nenek moyang. Umar menyerbu ke dalam rumah adiknya lalu memukul Fathimah hingga berdarah. Ternyata darah yang mengucur dari wajah Fathimah meluluhkan hati Umar. Saat itu Umar melihat secarik kertas yang berisi ayat Al-Qur’an. Ia amat terpesona dan berkata, “Alangkah indahnya dan mulianya kalimat ini.” Setelah itu Umar menemui Rasulullah Saw. dan menyatakan keislamannya.
Dari kisah-kisah di atas, tampak bahwa wanita dengan segala kelebihannya mampu berperan penting dalam perjalanan dakwah di masa Rasulullah Saw. Saat ini Islam membutuhkan wanita-wanita yang memiliki semangat seperti Khadijah, ‘Aisyah, Sumayyah, Ummu Sulaim, Asma, dan Fathimah untuk memperbaiki umat dan bangsa yang tengah meradang. Wallahu a’lam bishshawab.
Tuesday, April 05, 2005
Kerana.
Allah: nama yang paling bagus, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan kata-kata yang sangat berharga.
Allah : Miliknya semua kekayaan, keabadian, kekuatan, pertolongan, kemuliaan, kemampuan dan hikmah.Allah : Daripadanya semua kasih saying, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta dan kebajikan.
Allah; Pemilik segala keagungan, kemuliaan, kekuatan dan keperkasaan.
Dari Laa Tahzan ( Ya Allah )
from paksi.net
Friday, April 01, 2005
:: dari sms :: jazakillah ukhti
Generasi terbaik (3:110) adalah yang dicipta sebaik-baiknya kejadian (95:4) - mereka diajar bahawa kehidupan ini untuk diuji siapa paling ahsanul 'amala (67:2), maka mereka apabila bicara mereka memilih bicara terbaik - berdakwah (41:33), apabila medgr mereka ambil yang tbaik sehingga digelar ulul albab( 39:18) dan menunjukkan ketaatan tbaik (2:286), akhirnya mdpt ganjaran tbaik dari ALLah (16:97).. ameen
Monday, March 28, 2005
BERLIAN & GRAFIT
Seperti yang kita telah sedia maklum,berlian adalah material yang paling keras yang wujud dalam dunia ini. Kekerasannya terbukti apabila hanya berlian sahaja yang mampu memotong berlian sedangkan grafit ialah antara material yang paling lembut di dunia. Tetapi, ironiknya, kedua-dua komposisi berlian dan grafit hanya terdiri daripada unsur karbon semata-mata dan karbon adalah unsur terpenting dalam semua struktur kehidupan di dunia ini.
Dalam persamaan yang besar ini, mengapa berlian merupakan material yang paling keras dan grafit adalah antara yang lembut? Mengapa berlian transparent tetapi grafit berwarna gelap?Apa yang membuatkan berlian sungguh unik?
Berlian menghalang kemasukan air kepadanya, satu ciri yang luar biasa bagi kebanyakan mineral. Menakjubkan juga bahawa berlian mempunyai ,ketumpatan yang tinggi walaupun jisim atomik karbonnya rendah.. Bagaimana berlian dimampatkan dengan begitu jitu dan unsur karbonnya tersusun rapat antara satu sama lain berbanding grafit adalah kerana berlian terhasil di bawah tekanan yang kuat daripada Bumi.
Fenomena luar biasa ini membuatkan berlian menjadi suatu bahan yang amat mudah membiaskan cahaya. Berlian yang tulen adalah tidak berwarna, tetapi sesetengahnya boleh bercahaya (fluoresce) dalam gelap. Apabila dikenakan dengan ultra ungu, sesetengah berlian boleh menyerap tenaga yang tinggi dan memancarkannya sebagai cahaya nampak.
Berlian juga dinamakan sebagai air batu. Ini kerana berlian dapat mengekstrak atau mengkonduksikan haba supaya menjauhi pemakainya. Ini sebabnya apabila anda menyentuh berlian dengan bibir, ia akan terasa seperti air batu.
Perbezaan yang sangat ketara antara berlian dan grafit adalah daripada ikatannya. Karbon neutral mempunyai 6 elektron dan 6 proton di sekelilingnya. 4 daripada 6 elektron ialah electron valens. Dalam berlian, keemmpat-empat elektron berikatan dan berkongsi dengan atom-atom bersebelahan dan membentuk unit tetrahedral. Ikatan yang berkongsi elektron-elektron ini adalah ikatan kimia yang paling kuat pernah diketahui yang dinamakan ikatan kovalen. Tetapi dalam grafit, setiap karbonnya, hanya 3 daripada 4 elektron valens yang berikatan dengan karbon bersebelahan. Akibatnya, terhasil lapisan-lapisan yang lemah daripada segi ikatan dan menyebabkan grafit licin dan ‘slippery’.
PERBANDINGAN DENGAN UMAT ISLAM
Walaupun mempunyai satu ciri utama yang sama iaitu agama Islam sebagai pegangan, namun umat Islam zaman Rasulullah SAW ‘berikatan dengan kuat’ antara satu sama lain dan membentuk ikatan yang kuat pula. Sedangkan umat Islam zaman sekarang ‘terikat’ dengan dunia yang mempunyai ‘ikatan yang lemah’. Ketika berlian menghalang kemasukan air kepadanya, umat Islam zaman Rasulullah SAW menghalang percampuran antara hak dan batil. Tidak seperti umat Islam zaman sekarang, hak dan batil bercampur aduk. Yang ‘diserap’ masuk adalah maksiat dan hiburan yang menghayalkan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku beberapa kelompok manusia yang akan menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), arak dan muzik-muzik”.
HR. Bukhari -kitab Sahih
Kagum terhadap orang fasik, dimana dikatakan:
“Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalammya tidak ada iman sedikitpun walaupun sebesar biji.”
Muttafaqun ‘Alaih, HR Bukhari, Muslim,Ahmad,
Tirmizi,Ibnu Majah dari Huzaifah r.a.
Bagaimana umat Islam waktu ini akan tinggi ‘kemampatannya’ sedangkan ‘ikatan-ikatan’ yang mengikatinya longgar, tidak seperti umat Islam zaman Rasulullah dimana sahabat-sahabat di awal kedatangan Islam yang sangat cintakan arak dan berbangga dengannya sanggup memecahkan botol-botol arak dan membuang kesemuanya sedangkan arak-arak tersebut mahal harganya. Ini terjadi ketika terdengar:
“Ketahuilah! Sesungguhnya arak telah diharamkan!”
Sehingga dikatakan bahawa lorong-lorong kota Madinah dibanjiri oleh arak.
‘Ketumpatan’ umat Islam zaman Rasulullah SAW juga terselah walau pun ‘jisim atomik karbonnya’ rendah. Ini dibuktikan ketika dalam perang Badar. Walupun tentera muslimin hanya seramai 313 org sahaja, dan melawan tentera musuh seramai 1000 orang, namun kemenangan berpihak kepada tentera Muslim. Memang benarlah ‘ketumpatan’ umat Islam zaman Rasulullah terhasil daripada tekanan yang tinggi. Tekanan ini jugalah yang membuatkan Islam ‘bercahaya’. Apabila ‘tekanan’ dari kaum Quraisy yang dikenakan kepada umat Islam, contohnya Sumayyah, ‘berlian’ umat Islam pada masa itu pun ‘membiaskan’ cahaya sehingga bertambah teguh hati orang-orang Islam yang lain ketika melihatnya.
Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata:
“Wahai Rasul Allah! Sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri, dan engkau juga lebih aku cintai daripada anakku sendiri. Sesungguhnya jika aku berada di rumah, aku sentiasa teringat kepadamu. Aku merasa tidak tahan sehingga datang dan melihat engkau. Dan apabila aku ingat akan akan kematianku dan kematianmu, aku tahu bahawa apabila masuk syurga, nescaya engkau akan diangkat ke tempat para Nabi. Sedang aku, kalau pun masuk syurga juga, aku khuatir tidak dapat melihatmu lagi (kerana dimasukkan dengan syurga yang berbeza).
Nabi SAW diam, tidak segera menjawab. Maka turunlah malaikat Jibril membawa firman Allah:
“Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, para shadiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”
(An-Nisa’ : 69)
Begitulah utuhnya kecintaan sahabat Rasulullah SAW terhadap baginda. Sedang, umat Islam sekarang ada yang mempersenda-sendakan Rasulullah SAW dengan tidak mengikuti sunnahnya atau mengambil sunnahnya yang dapat menguntungkan dirinya sahaja. Begitulah ‘hitamnya’ umat Islam sekarang dan begitulah ‘licin dan slippery’nya umat Islam sekarang sehingga menjadi rapu dan berpecah-belah, mudah ditindas oleh musuh-musuh Islam dan mudah ‘menyerap anasir-anasir luar tanpa menapisnya dahulu. ‘Ketumpatan’ pun berkurang. Walaupun bilangan umatnya ramai, namun tidak mempunyai kuasa hatta terhadap diri sendiri pun. Kekuatan ‘berlian’ di zaman Rasulullah SAW telah menjadi ‘grafit’ hitam yang lembut digunakan untuk menggores dan akhirnya habis digunakan sehingga tiada berbaki lagi.
Firman Allah:
“Iaitu orang-orang yang mengambil agamanya menjadi senda gurau dan main-main. Mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia, sebab itu pada hari ini (hari akhirat), mereka Kami lupakan sebagaimana mereka telah melupakan dahulu akan menemui hari ini dan kerana mereka menyangkal keterangan-keterangan Kami.”
(Al-Aa’raaf: 51)
Hanya dengan ‘tekanan’ yang tinggi sahaja yang dapat mengubah susunan ‘karbon’ umat Islam dan ‘ikatan’ kovalen yang kuat akan terjadi. Dengan ini, muncullah ‘berlian’ umat Islam yang kita rindu-rindukan selama ini.
Wallahua’lam
Sibghah Allah
Seandainya keimanan sudah sebati dengan jiwa manusia, celupan Allah akan mencorak kehidupan seseorang itu, dan itulah sebaik-sebaik celupan. Dan juga sebaliknya, kita manusia itu semakin kurang imannya, celupan2 jahiliyyah akan mewarnai dirinya... dari segi iktiqadiy, fikriy, syuuriy dan sulukiy.
Sunday, March 27, 2005
Anak dan Al Quran
From:dina sulaemanSubject:[kafe-muslimah]
Cerita dari Sekolah Hapalan Quran Anak BalitaSaya tinggal di Iran dan punya usia anak empat tahun. Sejak tiga bulan lalu, saya masukkan dia ke sekolah hafiz Quran untuk anak2. Setelah masuk, wah ternyata unik banget metodenya. Siapa tau bisa dijadikan masukan buat akhwat2 yg berkecimpung di bidang ini.
Anak-anak balita yang masuk ke sekolah ini (namanya Jamiatul Quran), tidak disuruh langsung ngapalin juz'amma, melainkan setiap kali datang, diperlihatkan gambar misalnya, gambar anak lagi cium tangan ibunya. Di rumah, anak disuruh mewarnai gambar itu, lalu guru cerita ttg gambar itu (jadi anak harus baik dll).
Kemudian, si guru ngajarin ayat wabil waalidaini ihsaana/Al Isra:23 dengan menggunakan isyarat (kayak isyarat tuna rungu), misalnya walidaini, isyaratnya bikin kumis dan bikin kerudung di wajah (menggambarkan ibu dan ayah). Jadi, anak2 mengucapkan ayat itu sambil memperagakan makna ayat tersebut. Begitu seterusnya (satu pertemuan hanya satu atau dua ayat yg diajarkan). Hal ini dilakukan selama 4 sampai 5 bulan. Setelah itu, mereka belajar membaca, dan baru kemudian mulai menghapal juz 'amma.
Suasana kelas juga semarak banget. Sejak anak masuk ke ruang kelas, sampai pulang, para guru mengobral pujian-pujian (sayang, cantik, manis, pintar dll) dan pelukan atau ciuman. Tiap hari (sekolah ini hanya 3 kali seminggu) selalu ada saja hadiah yang dibagikan untuk anak-anak, mulai dari gambar tempel, pensil warna, mobil2an, dll. Habis baca doa, anak-anak diajak senam, baru mulai menghapal ayat. Itupun, sebelumnya guru mengajak ngobrol dan anak2 saling berebut memberikan pendapatnya. (Sayang anak saya krn masalah bahasa, cenderung diam, tapi dia menikmati kelasnya).
Setelah berhasil menghapal satu ayat, anak-anak diajak melakukan berbagai permainan. Oya, para ibu juga duduk di kelas, bareng2 anak2nya. Kelas itu durasinya 90 menit.
Hasilnya? Wah, bagus banget! Ketika melihat saya membuka keran air akan terlalu besar, anak saya akan nyeletuk, Mama, itu israf (mubazir)! Soalnya, gurunya menerangkan makna surat Al A'raf :31 kuluu washrabuu walaatushrifuu/ makanlah dan minumlah, dan jangan israf/berlebih2an.
Waktu dia lihat TV ada polisi ngejar2 penjahat, dia nyeletuk Innal hasanaat ushrifna sayyiaat/ Sesungguhnya kebaikan akan mengalahkan kejahatan (Hud:114).
Teman saya mengeluh (dengan nada bangga) bahwa tiap kali dia ngobrol dgn temannya ttg orang lain, anaknya akan nyeletuk Mama, ghibah ya? (soalnya, dia sudah belajar ayat laa yaghtab ba'dhukum ba'dhaa/Mujadalah:12). Anak saya (dan anak2 lain, sesuai penuturan ibu2 mereka), ketika sendirian, suka sekali mengulang2 ayat2 itu tanpa perlu disuruh. Ayat2 itu seolah-olah menjadi bagian dari diri mereka.
Mereka sama sekali tidak disuruh pakai kerudung. Tapi, setelah diajarkan ayat ttg jilbab (An-Nur:31), mereka langsung minta sama ibunya untuk dipakaikan jilbab. Anak saya, ketika ingkar janji (misalnya, janji nggak main lama2, trus ternyata mainnya lama), saya ingatkan ayat limaa taquuluu maa laa taf'alun (As-Shaf:2)dia langsung bilang Nanti nggak gitu lagi Ma Akibatnya, jika saya mengatakan sesuatu dan tidak saya tepati, ayat itu pula yang keluar dari mulutnya!
Setelah tanya2 ke pihak sekolah, baru saya tahu bahwa metode seperti ini, tujuannya adalah untuk menimbulkan kecintaan anak2 kepada Al Quran. Anak2balita itu di masa depan akan mmpunyai kenangan indah ttg Al Quran....[diapus]
Metode pengajaran ayat Quran dengan menggunakan isyarat ini diciptakan oleh seorang ulama bernama Sayyid Thabathabai. Anak beliau yang pertama pada usia 5 tahun di bawah bimbingan beliau sendiri, sudah hapal seluruh juz Al Quran, berikut maknanya, hapal topik2nya (misalnya, ditanyakan, coba sebutkan ayat2 mana saja yg berbicara ttg akhlak kepada orangtua, dia akan menyebut, ayat ini..ini..ini..), dan mampu bercakap-cakap dengan bahasa Al Quran (misalnya ditanya; makanan favoritmu apa, dia akan menjawab Kuluu mimma fil ardhi halaalan thayyibaa(Al Baqarah:168). Anak kedua juga memiliki kemampuan sama, tapi sedikit lebih lambat, mungkin usia 6 atau 7 tahun.
Keberhasilan anak2 Sayyid Thabathabi itu benar-benar fenomental (bahkan anak pertamanya diberi gelar Doktor Honoris Causa di bidang Ulumul Quran oleh sebuah universitas di Inggris), sehingga sejak itu, gerakan menghapal Quran untuk anak-anak kecil benar2 digalakkan di Iran. Setiap anak penghapal Quran dihadiahi pergi haji bersama orangtuanya oleh negara dan setiap tahunnya ratusan anak kecil di bawah usia 10 tahun berhasil menghapal Al Quran (jumlah ini lebih banyak kalau dihitung juga dengan anak lulusan dari sekolah2 lain).
Salah satu tujuan Iran dalam hal ini (kata salah seorang guru) adalah untuk menepis isu-isu dari musuh-musuh Islam yang ingin memecah-belah umat muslim, yang menyatakan bahwa Quran-nya orang Iran itu beda/ lain daripada yg lain).
Saya pernah diskusi dgn teman saya dosen ITB, dia mengatakan bahwa metode seperti itu merangsang kecerdasan anak karena secara bersamaan anak akan melihat gambar, mendengar suara, melakukan gerakan-gerakan yang selaras dengan ucapan verbal, dll. Sebaliknya, menghapal secara membabi-buta, malah akan membuntukan otak anak. S
elain itu, menurut guru di Jamiatul Quran ini, pengalaman menunjukkan bahwa anak-anak yang menghapal Quran dengan melalui proses isyarat ini (jadi mulai sejak balita sudah masuk ke sekolah itu) lebih berhasil dibandingkan anak-anak yang masuk ke sana ketika usia SD.Selain itu, menghapal Al Quran lengkap dengan pemahaman atas artinya jauh?lebih bagus dan awet (nggak cepat lupa) bila dibandingkan dengan hapal?cangkem (mulut)....
dari blog http://risvya.blogspot.com/2005/03/anak-dan-quran.html
Tuesday, March 22, 2005
kata-kata Mustafa Masyhur
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar" (Ali Imran: 139 - 142).
"Dan aku bermohon kepada Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!. Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah".
Saturday, November 29, 2003
Selamat Hari Raya
ehmm mesti ramai terkejut ana guna blogspot lak kan... dulu danchan... sodeeq lak.. aper la jadi nya... harap ajer jd assistant bos sodeeq.. tp blog sodeeq ana tak ok ok lagi ehe... mmg asalnya dulu guna blogspot... tp masa tu blogspot asyik tak ok ajer... tukar lak danchan... kalau tgk entri yg kat bawah2 tu... sume entri yg awal2 dulu.. tak aper... sementara sodeeq x ok.. guna kat sini ajer dulu.. nk guna danchan.. coding yg danchan tak tahu simpan kt mana... banyak sangat code2 blog kt pc ni ;). insya Allah.. teruskan medan kita di internet ni.. moga manfaat kita kongsi bersamanya
Monday, February 10, 2003
Ya Hayyu Ya Qayyum
Terimalah subuhku dalam hidayah-Mu
Berkatilah Zuhurku dalam rahmat-Mu
Ampunkan lalaiku dalam Asarku
Peliharalah imanku dalam Maghribku
Redhai Isyakku dalam kasih-Mu
Jumaatku basah dalam as-sajadah
Fajarku syahdu doa akasyah
Pagiku hening restu Haiqal
Dhuhaku nyaman
Selawat An-nur Muhammad Rasullullah
Taajudku indah al-mulk kebesaran-Mu Ya Allah
Ar-Rahman Ar-Raheem-Mu
Kekal bahagiaku
Sunat isyrakku mohon rezeki-Mu
Sunat Tasbihku mohon ampunan-Mu
Sunat hajatku mohon makbul-Mu
Terimalah ya Allah
Sujud Syukurku
Tuhan
Limpahkan aku rahmat ikhlas
Hindarkanlah aku riak bias
Dalam Rahman-Mu Ya Allah
Nikmat syukur yang indah
Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (al-hajj:46)"
Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.
Friday, January 31, 2003
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.
Wallahua'lam.
oleh ulama muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
Monday, January 13, 2003
Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir....
Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang dimata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Illahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan di belakang hari
Sesungguhnya
Wanita yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku ....
Jadilah kita... WANITA "Mujahidah" yang diimpikan itu!
Kelebihan Seorang Wanita
1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
