ticker

pregnancy week by week

Friday, July 22, 2005










45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

Wednesday, July 20, 2005

Al-Qurtubi menuliskan di dalam tafsirnya (tafsir al-Qurtubi 7/151 ): ..[QS9:41]..

“Ketika JIHAD menjadi kewajipan atas setiap orang, Fardhu ‘Ain, kerana musuh menguasai sejengkal tanah, ataupun sebahagian dari Tanah Islam, maka pada saat itu, menjadi kewajipan atas setiap orang yang berada di tanah itu untuk pergi berperang, maju bertempur menghadapi musuh. Mereka harus memerangi musuh dalam keadaan ringan ataupun berat, muda ataupun tua, sesuai dengan kemampuan masing-masing. Mereka harus maju berperang baik dengan meminta izin orang tuanya, atau tanpa meminta izin orang tuanya, atau mereka tidak memiliki orang tua lagi.

Tidak seorang pun yang boleh berlambat-lambat di belakang, sekalipun ia pergi hanya untuk menambah jumlah mereka yang telah lebih dulu pergi, sekalipun mereka hanya berdiam di tanah itu dalam keadaan lemah, hingga akhirnya dapat dicapai satu kekuatan yang mampu menahan gerak maju musuh dan mengusir mereka.

Demikian pula halnya, adalah diwajibkan kepada setiap orang yang menyedari betul betapa lemahnya mereka di hadapan musuh, dan diwajibkan kepada setiap orang yang mengetahui bahawa dirinya sesungguhnya dapat bergabung dan memberikan bantuan untuk berperang, untuk pergi dan maju bertempur, kerana sesungguhnya Ummat Muslim adalah satu dalam menghadapi musuh. Begitulah status JIHAD, hingga akhirnya mereka berhasil mengusir musuh yang telah merampas dan menguasai Tanah ISLAM. Maka pada saat itu, Ummat Islam lainnya terbebas dari kewajipan menegakkan JIHAD.”

Monday, July 18, 2005

Penatkan diri dengan amal

dari http://kersani.com

Dalam kehidupan seharian, sesuatu yang berkualiti tercermin dengan sesuatu objek yang mempunyai fungsi yang efisien. Jika objek tersebut adalah pepejal, ia akan dianggap berharga jika ia mampu untuk bertindak sebagai pepejal dalam sistem. Begitu juga dengan objek yang berbentuk cecair atau gas. Bagi manusia, lantaran ia dijadikan dari setitis air yang bertukar menjadi pepejal dan ditiupkan roh, kemampuan untuk fleksibel dari segi tindakan amat penting agar terhasil kombinasi diri yang seimbang lantas mampu menghasilkan amal. Bagi memaksimumkan potensi inilah, setiap individu perlu 'memenatkan' diri untuk menjadi efisien.

Jika tidak, akan ada ruang kosong yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ruang ini akan diambil alih oleh udara atau gas yang tidak pasti mana sumbernya. Lantaran diri sendiri tidak memilih gas, cecair atau pepejal mana yang ingin diambil, akan masuklah unsur yang tidak semestinya bagus. Kebarangkalian untuk mendapat unsur yang secocok dengan keperluan diri sendiri adalah amat tipis kerana dunia badan kita adalah gabungan berjuta-juta unsur samada di peringkat makanan, amalan dan lain-lain.
Lantaran itulah, tabiat berfikir dan sentiasa sedar apa yang diterima masuk dalam badan amat penting. Apa yang diterima masuk dari segi nilai, ilmu, makanan, fikiran dan apa jua sumber pelbagai dimensi untuk membina kehidupan manusia perlu disaring awal-awal. Ia perlu diambil dengan sedar dan tidak sekadar menurut keadaan. Risiko untuk sekadar mengikut arus adalah lebih besar walaupun ia banyak disukai oleh manusia kerana penggunaan tenaga yang minimum pada peringkat awalnya. Pernah anda menaiki bukit tinggi dengan basikal dan akhirnya anda sekadar menggunakan konsep momentum untuk turun bukit tersebut dengan mudah?

Begitulah hidup. Anda akan berpenat di atas muka bumi ini dan anda akan mengecap momentum kesenangan tanpa batasan di akhirat nanti. Dan anda tidak akan kehilangan 100% hak untuk hidup di atas muka bumi. Bukankah hak rezeki itu menunjukkan masih ada ruang untuk kita mengecap nikmat dunia? Padahal nikmat akhirat tidak akan diberi sama sekali kepada individu yang syirik.

Atas dasar itu, berusahalah sebaik mungkin dan jangan dikira sangat 'penat' yang melanda. Jika anda penat, berehat sebentar pada waktu malam dan teruskan dengan amalan kebaikan sehingga penat. Jika penat, berehatlah sebentar, dan kemudian sambung. Jika anda tidak berusaha untuk memenatkan dan menyibukkan diri, dunia yang penuh dengan unsur positif dan negatif ini tetap juga akan memenatkan anda. Jadi mengapa memberi ruang untuk diri berpenat kepada sesuatu yang tidak memberi pulangan yang besar di dunia dan akhirat? Kesibukan itu sendiri perlu dipilih agar ia tidak berada pada keutamaan yang salah. Itu juga bermaksud anda disibukkan oleh sesuatu yang salah!