ticker

pregnancy week by week

Saturday, June 04, 2005

:: sama ::

Kerana mempertahankan kalimah Thoiyyibah, syed Qutb syaheed di tali gantung... begitu juga kisah di dalam surah al buruj.. mengenai ashabul ukhdud.. si ghulam akhirnya mati kerana mempertahankan kebenaran..... satu pengakhiran yang sama...

Ini adalah diterangkan oleh syed Qutb di dalam buku petunjuk sepanjang jalan - Ma'alim Fi Thariq.

.. bersambung

Thursday, June 02, 2005

Dari hati ke hati

Dari : Dr 'Aidh Qarni - Belajarlah dari Alam dan Zaman

Ucapan org2 salaf itu terkesan dihati dan nasihat mereka berbekas dijiwa. Hal ini disebabkan oleh kejujuran mereka terhadap Allah, dan ketaatkan mereka kepada-Nya. Berbeza sekali dengan keadaan kebanyakkan ulama yang hidup ditengah-tengah kita sekarang ini. Mereka tidak ada bezanya dengan kebanyakkan orang-orang awam. Mereka jarang menjalankan solat malam, tidak zuhud, tidak jujur dan tidak mahu bertaqarub kepada Allah.

Sebahagian mereka ada yang menjadikan nasihatnya sebagai sarana profesi menerima imbuhan gaji bulanan. Bahkan terkadang ada yang memberikan nasehat kepada manusia untuk mendapatkan pekerjaan. Akibatnya nasihat mereka tidak diterima.

Wednesday, June 01, 2005

:: Tuhan kita hanyalah ALlah ::

Setiap hari kita solat 5 waktu sehari semalam, bagi hamba yang mahu lebih dekat dengan ALlah, amalan sehari ditambah dengan amal sunat yang lain - solat dhuha, qiamulail, saum sunnat dan sebagainya. Kerana apa kita lakukan semua tu... kerana "Tuhan kita hanyalah ALlah"....

Tiap saat jantung kita berdegup
Tiap saat darah mengalir
Tiap saat mata berkelip
Tiap saat udara dihirup
Tiap saat mata melihat

tetapi
adakah

Tiap saat hati kita mengingati ALlah
Tiap kali ayat ALlah dibaca, hati akan menjadi gentar
Tiap saat kita berzikir dan berfikir

Tuhan kita hanyalah ALlah..
"Ya Allah, izinkan aku mencintai-Mu, mencintai org yang juga mencintai-Mu dan mencintai jalan kearah kecintaan kepada-Mu"