Bismillah Ar Rahmaan Ar Raheem
Sebagai seorang manusia, kita perlu mengenal hakikat manusia itu yang sebenarnya... kerana kadang-kadang bila manusia tidak menyedari hakikat ini, mereka hidup didalam keadaan tipu daya syaitan dan musuh Islam yang cuba merosakkan manusia...
Contohnya.. sebuah durian. Hakikat sebuah durian bila dikupas kulitnya, kita akan nampak isi durian yang berwarna kuning, berbiji besar, dan baunya wangi.. tetapi jika pada suatu hari, kita mengupas kulit durian, tiba-tiba isinya berwarna merah, seolah isi buah tembikai... adakah itu dikatakan hakikat sebuah durian.. tentu tidak bukan... jadi begitu juga manusia, hakikat seorang manusia adalah terbukti, jika ia memahami apa ciri-ciri sebenar sebagai seorang insan...
Pertamanya, manusia/insan adalah makluk yang dicipta oleh Khaliknya.. Tiada benda lain yang lebih berkuasa melainkan Allah sahaja. Sebagai makhluk manusia adalah sebenanya di dalam keadaan fitrah.
30:30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui[1168]
[1168] fitrah Allah: maksudnya ciptaan Allah. manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama yaitu agama tauhid. kalau ada manusia tidak beragama tauhid, Maka hal itu tidaklah wajar. mereka tidak beragama tauhid itu hanyalah lantara pengaruh lingkungan.
Hakikat seorang insan, fitrahnya ia akan menjadi Allah sebagai tuhannya, tetapi persekitarannya, mungkin ibu-bapanya, kawan-kawannya, guru-guru, dan juga pengaruh dari media, majalah hiburan dan sebagainya, menyebabkan hati manusia ini tertutup dari kebenaran. Jadi oleh sebab itu, sebagai manusia yang menyedari hakikat ini, ia perlu berfikir dan cuba untuk menghalang unsur-unsur yang menutup hatinya daripada mengenal kebenaran yang nyata, dan ia perlu menyedari hatinya perlu dilindungi dari jahiliyyah agar fitrah asalnya tidak tertutup.
Sebagai seorang makhluk juga, ia juga adalah makhluk yang lemah.
4:28. Allah hendak memberikan keringanan kepadamu[286], dan manusia dijadikan bersifat lemah.
[286] yaitu dalam syari'at di antaranya boleh menikahi budak bila Telah cukup syarat-syaratnya.
bersambung....
Friday, July 29, 2005
Thursday, July 28, 2005
Percayalah pada-Nya
dari www.mykonsis.com
Kita sangat memerlukan IMAN. Keimanan yang kita miliki, setiap hari akan dikikis dan dihakis. Keimanan yang kita miliki, setiap masa akan diuji.
Keimanan yang kita punya setiap waktu akan diterpa dengan berbagai masalah dan keadaan hidup.
Tetapi, kita pasti amat memerlukan iman yang kukuh, kita pasti amat memerlukan keyakinan yang tinggi terhadap-Nya juga rasa tawakal yang teratas kepada-Nya.....kerana hanya dengan ini sahajalah kita dapat melalui setiap dugaan kehidupan.
Alangkah indah hikmah nubuwwah, dari Ar-Rasul tercinta kepada seorang kanak-kanak, yang mengajarnya erti sebuah keyakinan, bahawa atas segala sesuatu kita perlu percaya dan mengharap hanya kepada-Nya. Ku ajarkan engkau beberapa kalimat. Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah, nescaya kau mendapati-Nya berpihak padamu. Jika engkau meminta maka mintalah kepada Allah, jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan pada Allah. Ketahuilah jika umat manusia berkumpul untuk memberi manfaat padamu dengan sesuatu, nescaya itu tidak akan berguna bagimu kecuali sesuatu yang memang telah Allah tentukan untukmu. Dan jika mereka berkumpul untuk menimpakan bahaya padamu, nescaya mereka tidak dapat mendatangkan bahaya padamu kecuali dengan sesuatu yang memang telah Allah tentukan menimpamu. Pena telah diangkat. Lembarannya telah kering.?
Saudaraku,
Betapa indah bila nilai-nilai keimanan itu telah meresap didalam diri kita, telah sebati dalam hati kita. Betapa kita tidak perlu takut, tidak perlu bersedih dan tidak perlu risau dengan gelombang ujian yang didatangkan kepada kita sehari-hari. Kita akan menjadi seorang yang sentiasa optimis, sentiasa positif, seorang yang cekal, sabar dan tabah diatas kehidupan. Syaratnya hanya satu, bahawa kita masih tetap berada dijalan ketaatan kepada-Nya. Itu sahaja.
Saudaraku,
Jaga dan peliharalah iman itu. Tanam dan suburkanlah ia didalam hati kita. Hanya itu yang akan membuat hati kita stabil, hanya itulah yang akan membawa ketenangan dan kebahagiaan dalam diri kita. Ikutilah Allah dan percayakanlah segala padanya. Maka, selepas itu tiada yang lain yang akan menyebabkan kita terumbang ambing dalam menempuh kehidupan

Wednesday, July 27, 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)