ticker

pregnancy week by week

Tuesday, October 08, 2002

PENYAKIT UMMAT ISLAM - KAEDAH & CARA PENGUBATAN (DR. SAYID MUHAMMAD NUH)

Pendahuluan
Buku ini menjelaskan pelbagai jalan kepada para aktivis yang sedang berjalan menuju Allah dengan membawa agamaNya untuk mengambil bekal dan persiapan agar perjalanannya tidak terputus, terlambat dan tidak ketinggalan kenderaan penyelamat, merupakan satu keharusan yang tidak boleh ditinggalkan dan diabaikan. Ia merupakan suatu keharusan yang diwajibkan oleh dakwah dan jihad untuk menegakkan din Allah di muka bumi.

Dan di antara pelbagai masalah yang terpenting ialah, bahawa di sana ada penyakit-penyakit dan bencana yang mungkin sahaja menimpa sebahagian aktivis gerakan dakwah islam, lalu menghambat dan menghalangi mereka dalam menunaikan tugas dan kewajipannya.

Penyakit Pertama - FUTUR
Menurut lughat (bahasa), Futur bermaksud:

a) putus setelah bersambung atau tenang setelah bergerak

b) malas, lambat, pelan, setelah rajin dan bersungguh-sungguh

Adapun menurut istilah, Futur adalah satu penyakit yang menimpa sebahagian aktivis, menimpa secara praktikal (dalam bentuk perbuatan). Tingkatan yang terendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. dan kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya, mereka tidak mempunyai alasan apa untuk beribadah kepada-Nya dan tidak pula merasa letih. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tiada henti-henti"

(Al-Anbiya' : 19-20)

Maksudnya, mereka (malaikat) selalu beribadat dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagi-Nya, selalu mengerjakan solat dan berzikir kepada Allah siang dan malam dengan tiada merasa lemah dan bosan.(Shafwatul Tafasir oleh Ash-Shabuni 2: 257-258) bersambung...