assalamu'alaikum...
manusia mudah untuk nampak vision di dunia berbanding dengan vision di akhirat, mmg benar dunia adalah ladang akhirat, tetapi kekadang 'sayang' manusia kepada dunia sehingga cinta mereka untuk menuju negeri yg abadi semakin berkurangan..
dalam minggu ni, ana menemani seorang akhwat ke salah sebuah kolej di bangi. Ukht ni baru sahaja menghabiskan degree dari luar mesia dalam bidang kejuruteraan maklumat. Dengan izin Allah, Allah bukakan hati ukhti ni untuk mengambil diploma tahfiz . Apabila hasrat itu cuba di minta pandangan dari beberapa pihak, kebanyakkan dan hampir semua tidak bersetuju, dengan alasan sayang dengan degree yang sudah diambil, "takut ilmu tu habis nanti".
ada jugak yg kata
" skrg ni, tak ramai di dalam bidang professional yg mempunyai fikrah Islam.. "
" Dah habis belajar, masa ni la nk bantu2 keluarga"
" jawatan adalah alat untuk membantu dakwah"
dan pelbagai lagi pendapat yg timbul, dan terutamanya org yg berlatarbelakang pengjian agama, kebanyakkan kurang bersetuju ukht tersebut meneruskan pengajiannya.
Satu persepsi yang amat berbeza, mungkin kalau ukhti tersebut mendapat kerja di sesuatu tempat contohnya, kilang Sony ke.. mungkin rasanya tidak ade pihak yang menghalang.. kerja, duit, jawatan itulah yang banyak merantai manusia,
[9:24]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
kekadang manusia mengatakan tidak mengatakan, duit yg banyakkan kan boleh disumbangkan untuk dakwah.?? Mungkin kenyataan ini kita boleh muhasabah sendiri apa yg berlaku sebenarnya.. kekadang kita masih sukar untuk menjalankan program kerana kekurangan wang yg ada. Jika kita berbalik kepada ayat Allah, tunggulah azab dari Allah jika sayang dan cinta kita bukan kepada jalan Allah dan Rasul
Semoga kita sentiasa menjadikan insan-insan yang dapat melihat akhirat adalah satu mision utama selama kita menumpang di dunia ini.
Friday, May 13, 2005
Thursday, May 12, 2005
Seolah Engkau Melihat Muhammad
Senyuman menghiasi raut wajahmu. Kecerahan di atas mukamu. Cahaya di atas keningmu. Cinta di dalam hatimu. Kemurahan di dalam tanganmu. Keberkahan dalam dirimu. Kemenangan selalu menyertaimu.
Orang yang menziarahi pintumu, seluruh anggota badannya tidak henti-hentinya menceritakan kisah-kisah tentang kemurahan dan anugerah yang telah engkau berikan dan hadiahkan kepada mereka.
Mata akan selalu merasa sejuk dan tenang, sementara telapak tangan akan bersalaman. hati akan dapat mengobati luka yang perih dan pendengaran akan selalu mendengarkan kebajikan yang telah engkau lakukan.
Namanya adalah Muhammad saw., namanya juga Al 'Aqib, Al Hasyir dan Al Mahi. Beliau adalah penutup segala rasul. Beliau adalah pilihan para nabi. Beliau menjadi pemberi syafaat jika mereka datang di padang mahsyar. Beliau juga menjadi imam mereka jika mereka mendatangi surga.
Subscribe to:
Posts (Atom)